klik saya =)

27 Januari 2013

Sinopsis Filem Juvana The Movie


Filem Juvana mengisahkan Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup.

Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.

Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.

Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.

Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama Juvana yang telah disiarkan di TV3. Jom pakat tengaok wayang bermulai 24 Januari 2012.

1 ulasan:

!-- nuffnang -->