Selepas hampir tiga bulan mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pelakon popular Irma Hasmie, 30, melangsungkan perkahwinannya pada 29 Jun ini.
Memetik kenyataan di portal Murai, majlis pernikahan Irma akan diadakan pada 29 Jun di Dewan Persidangan Putrajaya jam 3 petang. Manakala persandingan akan berlangsung di MAEPS, Serdang hari yang sama jam 8 malam.
Irma dan Reza bertemu buat pertama kali di hadapan Kaabah ketika menunaikan umrah pada 14 Februari lalu telah membawa kepada keputusan mereka untuk mengikat tali pertunangan pada 29 Mac lepas di kediaman Irma.
Haa...detik 3 petang tadi Irma dah pon selamat jadi isteri orang.Sangat sopan dan manis sangat.Semoga rumahtangga Irma dan suami kekal ke akhir hayat.Alhamdullilah.. :)
sumber dari http://malaysiandigest.com
gambar dari media hiburan :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan