klik saya =)

29 April 2011

kelebihan bertudung labuh

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..waahhh..,skema gila ayat aku.haa,pagi tadi bila aku bukak fb,aku terbaca tentang isu tudung labuh..memang sebenarnya aku dalam proses perubahan ke arah itu..oleh itu sama-sama la kita berdoa agar aku berubah ye..=)


Kali ni aku nak cerita tentang kelebihan kita memakai tudung labuh..aku tak nafikan,ramai wanita dah mula bertudung.alhamdullilah..tapi jangan bertudung sebab berfesyen je...yelah,dah macam-macam fesyen tudung dah ada dekat muka bumi ni..tapi tak pelah,bagi aku,seseorang dah pakai tudung tu pon dah membawa dia ke arah kebaikan..cuma perlu lebih bimbingan lagi =)..


Antara kelebihan yang kita akan dapat apabila bertudung labuh ialah:


1) dapat mengelakkan daripada diraba..
-haa....yang ni aku sangat-sangat lah bersetuju..selalunya sebab utama perempuan kena gangguan seksual pon sebab depa dok tayang body yang meletop tu,baju terbukak sana sini,bagi yang bertudung tapi singkat ,baju pon ketat.mana la buaya darat tak datang hinggap kan?.jadi,bila kita dah pakai tudung yang labuh,sekurangnya dihindari dari gangguan seksual kerana terlindung dari penglihatan..


2)elakkan daripada diragut.
-cuba korang renung-renungkan,selalunya wanita yang kena ragut mesti sebab depa dok tayang handbag guess original depa tuhh...jalan lenggang lenggok sambil bawak handbag merupakan faktor utama berlakunya kes ragut.Oleh itu,bagi wanita yang bertudung labuh,mereka jarang sekali mengalami kes ragut sebab handbag mereka terlindung disebalik tudung labuh tu..peragut pon tak nampak mana handbag mereka...jadi selamatlah wanita itu..=)


3)mendekatkan jodoh dengan lelaki soleh
-memang tak dinafikan,lelaki baik hanya untuk wanita yang baik.aku juga ada terbaca kisah seorang wanita yang pada mulanya bertudung labuh,namun akhirnya tidak lagi bertudung labuh kerana takut dirinya tidak dipinang,yelah,baginya lelaki tidak pandang perempuan yang bertudung labuh.errmm,tapi bagi pendapat aku,dengan bertudung labuh la kita dapat memikat hati lelaki yang beriman dan soleh.lelaki lebih gemar memilih perempuan bertudung labuh kerana dia jamin,masih ada sifat malu di dalam diri wanita itu=)


4)tudung labuh sebagai pemberi hormat
-selalunya bila wanita bertudung labuh menaiki kenderaan awam,pastinya lelaki tidak akan duduk disebelahnya.lelaki lebih berasa hormat dengannya.berbanding pula dengan wanita yang seksi,apabila menaiki kenderaan awam,banyak la sang buaya yang akan duduk berdekatan dengannya.yelah,tengok wayang free sape tak nak kan? -_ Selain itu,apabila wanita bertudung labuh hendak membeli kuih contohnya,pastinya si penjual akan layan dengan cara yang bersopan santun dan memnjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan duit baki.alangkah indahnya wanita bertudung labuh ni kan..^_^


oleh itu,ni je yang aku dapat kongsikan...bersama-sama lah kita renungkan ye..=)
*tudung yang memepati syariat islam..=)
insyaAllah aku juga akan begini satu hari nanti..
amin..

4 ulasan:

  1. sangat suka entry ni~ tak semua masalah datang dari lelaki kan. hhehe. nice~

    BalasPadam
  2. asalamualaikum..
    setuju sngat.. :)

    BalasPadam
  3. @acan:=)
    @r-5:etol..tak baik salahkan lelaki=)
    fromjarn:yup2=)

    BalasPadam

!-- nuffnang -->