klik saya =)

14 Februari 2011

bila demam datang melanda..

mak aku cakap sekarang ni musim demam.betol ke?aisshhh...yela,cuaca sekarang pon tak menentu kan.kejap panas,kejap hujan.kadang-kadang aku pon teragak-agak nak jemur baju.tapi apa kaitan jemur baju dengan demam?huhu  ^_+

mohamad hariz a.k.a buah hati pengarang jantung pisang aku tu pon dah kena demam semalam..cian jugak kat dia..tak dapat nak pegi training bola petang-petang dah.dahla hari rabu ni dia ada game bola..uisshhh...agak-agak team art and design boleh menang ke kalau hariz takde?haha...bajet safie sali la kan...=).bila dah demam ni, aku pon di abaikan.yela, badan dah lemah,tido adalah jalan terbaik =).tapi tak pe la,bukan sengaja pon kan sayang..=)

tadi hariz cakap dia dah pegi unit kesihatan uitm,so,dah dapat ubat dah...tapi tadi dia cakap dia kena amik darah,pastu aku suruh la dia tanya doktor tu darah dia jenis apa,tapi doktor tu cakap makmal tu bukan untuk ujian mengenal jenis darah sesorang.... -_- ..kerek la doktor tu....

Oleh itu,aku nak share malumat sikit tentang cara mengurangkan demam supaya tak berlanjutan:

~mula-mula tu pegi klinik,amik ubat dari doktor.jangan suka-suka hati je makan penadol lebih dari doz sebab boleh memutuskan beberapa urat saraf yang boleh menyebabkan gila!(ni aku tak berapa pasti la..huhu)

~lepas dah makan ubat tu,korang kena lah rajin mandi.maksudnya kena lah mandi mengikut waktu.yelah,selalunya bila dah demam,ramai yang malas nak mandi sebab badan dah lemah.sebab tu lah kita kena mandi sebab supaya badan lebih segar.

~seterusnya,banyak kan minum air suam.yang ni sangat lah penting kerana air boleh mengembalikan semula metabolism kat dalam badan.yelah bagi berpeluh sikit..=)

~jangan berselimut.yang ni memang selalu ramai orang buat.bila demam je mula lah bungkus badan dengan selimut.sebenarnya,bila kita tutup badan kita dengan selimut,udara segar tak dapat masuk.sebab tu lah demam makin teruk.oleh itu,elakkan dari memakai selimut.tapi kalau dah tak tahan sangat tarik je lah selimut tu.-_-

~next,makan lah selagi mampu.bukan apa,selalunya,bila seseorang tu demam,selera makan dia menurun.dengan sakit tekak lagi,batuk lagi,tu tak termasuk yang ada hingus meleleh tu..eeeuuuwww...=_+.oleh tu,cubalah makan benda yang agak masam.kalau aku,aku selalunya makan laksa penang time demam..=)..tapi tadi bila aku call hariz,dia cakap dia makan kfc -_-..tu demam kfc ke demam panas?huhu..

tu je lah yang aku dapat kongsi..aku pon tak tau sama ada cara ini berkesan atau tidak.kalau ada pape aku tak bertanggungjawab ye..huhu..

kepada mohamad hariz,semoga awak cepat sembuh tau.tak suka lah tengok awak sakit lama-lama..nanti takde sape nak gelak dengan ika lagi..=(


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

!-- nuffnang -->