klik saya =)

30 Disember 2010

untungnya ada bf pemain bola sepak

tadi tepat 90minit berakhir la perjuangan pemain bola sepak Malaysia.ok memang korang semua taw kita dah menang kan.tapi aku bukan nak cite pasal tu,aku nak cite bertuahnya ada bf pemain bola  sepak.yela,satu Malaysia kagum kot.lagi-lagi khairul fahmi.banggaa aih aku kalau ada bf lagu tu.aku rasa girlfren  khairul fahmi che mat mesti bangga gila kan?


mungkin dulu dia tak tau bf dia akan sehebat ni.so bersyukur la kat gf/bf hangpa.yela.mana taw kot-kot satu hari nanti depa jd popular jadi artis,jutawan,menteri,dan xlupa juga popular sebab jual air kelapa tepi jalan.untung manyak tuu..


kali ni aku buat entry ni khas untuk buahaty aku yang manis sopan santun baik budi bahasa tu,,waahh,kemain panjang puji naa..


*ni la buahaty pengarang jantung aku tu..
kan aku ckp,dia manis kan..kikiki

memang aku bangga dengan bf aku ni.tak kira la dia ni popular ke tak,tp hati budi dia nih dah wat aku cukup bangga.memang la badan dia tak tough macam fahrin ahmad tu,tp aku tak kisah aih..kalau badan je kuat,tp tengok tikus pon lari nak buat ape kan..=)

*nampak tak bf aku pakai jersey Malaysia tuh?
oucchh...
kalau tak silap aku,gamba ni diambil time mak bf aku ni beli tv baru..amboi hang...,siap pakai baju bola ye nak dapat tv baru..hehe..aku harap,lepas ni,bf aku pon akan jadi pemain bola sepak Malaysia satu hari nanti..aminn...yela,aku pon nak tumpang glamor gak,nt tak pasal-pasal dapat ribu raban followers kan..time tu,duit nuffnang aku pon laju je masuk xmacam sekarang ni asyik maen cak-cak je=)



p/s:doakan kejayaan awk utk bola sepak Art n Design Uitm Perak pulak..=)











24 Disember 2010

heliza helmi bakal tunangan hafiz hamidun?

betol ke apa yang aku tulis ni?tadi time aku godek2 murai.com,aku dapat tau satu gossip yang depa ni nak bertunang..tak percaya?haa..meh sini tengok kat sini:


tapi ada jugak yang kata ini hanya gossip je.tapi bagi aku depa ni sesuai sangat.sama-sama baik,sopan gitu..apapun aku sebagai peminat heliza yang kiut miut ni tetap sokong keputusan dia.tak kisah la dengan sapa pon.sebab aku tau jodoh orang baik mesti dengan orang baik jugak kan.

*comel gila heliza ni..
dari dulu aku dok minat dia aihh..
saya tetap sokong awak la heliza..=)
bajet heliza nak baca blog aku lah tu..haha


info terbaru yang aku dapat tau,bertunang ni hanya gossip je.mereka ni rapat mungkin sebab promosi minyak depa tu kot..jadi, kita doakan yang terbaik untuk mereka..amin..=)

23 Disember 2010

nak cari bf mcm Maher Zain.boleh tak?

kalau cerita pasal Maher Zain je,konpom la ramai yang tergila-gilakan lagu-lagu dia yang gila best tu.aku suka sgt sebab lagu dia berunsurkan islam.mak aku pon ada ckp,hensem jugak maher zain kan,ungtungla sape yang dapat jadikan menantu..aiihh...bunyi mcm nak amik jd menantu je.tapi kalau line ijau,kompom aku setuju..kikikiki..*ini  tipu je ok..


zaman sekarang ni pon tak ramai penyanyi yang popular bila menyanyikan lagu-lagu ke arah ketuhanan.tu yang aku solute ngan dia nih..=)Yela.., penyanyi sekarang ni,depa dok suka lagu cintan dan rock lentok yang boleh buat pompuan-pompuan cair tuh =_+...tapi ada jugak yang suke muzik jenis indie.apa salahnya kalau lagu indie pon ada unsur ketuhanan,mesti lagi meletop gedebak kan?

tu je la aku nak habaq...tiba-tiba nampak maher zain ni ensem pulak..=)


*ensem kan?
tapi bg aku pakwe aku lg ensem kot..
aisshhh
statement bodek ni..kikiki..

kalau korang semua nak tau lebih lanjut pasal maher zain,boleh tengok kat bawah ni=)selamat membaca ye..insyaAllah..=)

saya suke berhijab =)


dah lama gila aku tak join contest yg ada..so tadi bila aku dok belek-belek shoutmix,cik tyra hot meletup=) ni dok tag aku contest kat aku.aku pon rasa nak join la contest saya suke berhijab.yela,aku pon memang seorang yang bertudung kan.contest ni dibuat oleh woot woot=0 .so mcm biasala sume contest ade syarat-syarat dia.


1)  gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan..hee) p/s TUDUNG BAWAL PON BOLEY ..wuwu

2)make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer !  )

3)bile ana cakap tutup aurat means takde nampak rambut,takde nampak lengan,takder sendat2 sangat yer !

4)kalau ade gambar yang tak tepati syariat ,gua tak reject awal2,tapi gua nasihat dulu..(kalau ade jugak markah kureng sket la yer ? )

selepas dua syarat di atas dipenuhi,buat ini :

1) satu entry bertajuk SAYA SUKE BERHIJAB or STYLE UR HIJAB ,masokkan gambar di atas dalam entry anda,pastu linkkan gambar itu ke post ini yer ..letak sekali syarat-syarat contest ni yer ^^

2)letak banner(gambar ) yang kat atas tu di sidebar belog anda..hohoo ( nak resize banner pon boley )

3)yang paling penting mestila korang kene letak gambar korang bertudung/berhijab/ber-shawl/berpurdah tu kat dalam entri korang tu ^^

5) sila tag kawan-kawan korang..3 orang pon jadila..hee (make sure kawan korang taw yer )

6)dah siap tu submit la post korang kat COMMENT box gua okei :)

7)tarikh tutup pertandingan adalah 11 january 2011

8)ouh,kalau gambar berdua,bertiga bersepuluh pon takpe asalkan gambar korang kene ade ! ^^

9)kalau baik hati alang alang da join contest tu ,tekan la butang follower tu.tehee,( tiada paksaan) 



haa..dah baca syarat-syarat nya?so aku ni sebenarnya memang xreti nak berfesyen sgt.dan pesen  tudung aku pon ntah zaman bila punya..tapi aku tak kisah pon..kikiki..so ni la gmbar yang aku ade:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*gmbar ni masa aku jd pengapit mnggu lepas..hawt kan????haha

so aku tag kat:

17 Disember 2010

perempuan ke lelaki kuat merajuk?

lelaki ke perempuan yang suka merajuk?kalau ikutkan sejarah paleolitik dulu ramai yang cakap of kos la perempuan.sikit-sikit nak nangesh..tapi ada beberapa kajian yang mengatakan lelaki lagi kuat merajuk..nak taw?haa...mai sini kita check diri korang..aku xtaw la betoi ke tak..tapi jiran sebelah umah aku ckp betoi..=_+

perempuan

tak dinafikan perempuan memang kuat merajuk.yelah lagi-lagi bab cinta.xpercaya?

~bila si lelaki lambat mesej je,mula lah muncung dia naik sedepa..aku rasa kalo letak telor kat muncung dia tu konpom tak jatuh punya...haha.si boiperen kat lua tu jgn la lambat mesej ye.aku taw korang sibuk,tapi nak wat lagu mane si girlpren ni memang xreti sabau..=)

~bila bergaduh dengan boiperen walaupon salah si perempuan tu sendiri,tapi dia tetap merajuk jugak..mak aiii,menyampah plak kan.tapi sebenarnya si permpuan buat mcm tu sebab nak cover line takot kene marah dngan matair dia lah tu.(aku pernah gak wat cm ni..fuhh..selamat la time tu) tapi kalau si lelaki yang salah ,perrghh da macam perang cik melah dengan pak meon dah aku tengok..(aku xtau nape aku suke name pak meon dari dulu)huhu

~bila nak beli barang..alah...ni kira nak mintak belanja la ni..mula lah nak merengek-rengek..geli mak nok tengok..uisshhh..kalau ye pon tak payah lah smpai mcm tu.dah boiperen kau xnak beli nak wat cm ne..bertolak ansur lah sikit kan..

~bila boiperen keluar dengan kawan-kawan lelaki.yang ni pon si perempuan merajuk.maybe sebab lelaki kalau dah jumpa membe ,awek dia dah tak ingat dah..cerita nak meletop je dengan membe dia tu.masa ni ,mesej awek pon depa xlayan..kesian la aweks kat umah yang dok tunggu nak mesej buahati dia tu...nasihat aku untuk awek dia,elok la korang wat relax je,sbb memang boiperen korang nak spent time ngan membe dia..=)


lelaki

yang ni pulak kisah lelaki merajuk..euuwww,,ada ke?

~lelaki merajuk bila perempuan dok cerita pasal kawan-kawan dia je..betol ke?ermm.entahla..tp aku rasa diorang bukan merajuk tapi menyampah..haha...yela ,dah memang naluri pompuan suka bercerita kan..abes semua keturunan kawan dia nak cerita...yang ni aku pon buat...uiissh..kaki gossip ni mak nyah..so kepada boiperen aku tu,hang jgn merajuk ye..=)

~lelaki merajuk bila perempuan terlalu sibuk dengan study.yang ni aku tak bape nak setuju sangat.dah name pon student,yang kau nak marah awek kau study nape?biarlah dia berjaya.untuk masa depan korang jugak kan..tapi si perempuan pon,kalau dah 24 jam mengadap buku, kesian laa kan boiperen hangpa tuh..rinduu sgt dahh tu...=)

~merajuk bila ajak dating tapi si girlpren cancel last minit.si boiperent dah bersunggu nak ajak keluar,siap sembur minyak wangi 1 tan,tapi tup-tup cancel..patah hati boiperen tu hang tau..masa ni pon aku rasa muncung boiperen tu dah sedepa dah..pon boleh letak telor atas muncung dia tuh..


setakat ni je la yang aku dapat kongsi kan..sebenar nya xelok pon merajuk-merajuk ni.kalau sekali sekala xpela..kalau hari-hari,putera katak pon menyampah..ok lah.jgn lupa komen ye=)

*budak kecik ni pon dah pandai merajuk taw..
cumel ohh muncung dia..=)

16 Disember 2010

Hati ni bukan untuk kau sakiti

tajuk post aku kali nih tak de kena mengena pon dengan lagu rosa tu.(credit untuk pencipta lagu sebab dah berjaya membuat aku jatuh hati kat lagu nih).tiba-tiba malam ni aku rasa mcm nak berjiwang-jiwang.yelah hati dah dilamun rindu..eceh..+_+

aku tau semua orang pernah mempunyai pengalaman bercinta.dulu aku pon mcm tu jugak.tapi ni aku nak cerita pasal seorang gadis yang ada banyak pengalaman pahit waktu bercinta zaman remaja gedix2 dulu.masa  budak-budak masih hingusan, dia terjebak dengan cinta beruk mak nyeh nih.

*waktu nih dating kat jambatan..awww...romantik gitu..=)

memang masa tu buku ntah kemana,study ntah kemana,dok angau kan mamat boiperen pujaan hati dia tu je.masa tu nasihat orang semua taknak dengar dah.yela nama pon cinta beruk kan so angau tahap beruk la tuh..kikiki

tapi cinta tu tak kekal lama pon.ada la dalam tiga tahun.(masa tu dah kira lama jugak aihh).biasalah cinta putus ditengah jalan.masa tu lah baru nak ingat cari kawan balik.yela masa bercinta dulu,dia dok buang semua kawan-kawan baik sebab nak setia konon nya lah..loser kot...=_+

depa ni putus sebab si lelaki a.k.a boiperen kesayangan gadis tu rupanya dah bercinta dengan pompuan lain dah setaon lebih dah.sakit hati kan?adatlah orang putus cnta ,habis semua benda-benda bingai dia nak buat.telan pil kuruslah,toreh tangan guna pisau,hantok kepala kat dinding .kalau boleh dinding tu pon dia nak kasi pecah baru puas hati .memang macam tu la agaknya perit rasa bila putus cinta kan?

tapi hari demi hari,gadis tu dah beransur pulih atas dorongan teman rapat dan ahli keluarga.sebab dia percaya tak semua lelaki macam tu.ada jugak laki yang dipermainkan perempuan kan?

dan sekarang gadis tu dah jumpa lelaki yang sangat memahami dia berkat dari kesabaran dia.betol jugak cakap moyang aku dulu,(time ni aku masih baby,tp aku paham la sebab moyang aku ckp kuat gila kot) 
kadang-kadang kita bercinta dengan orang yang salah sebab tuhan nak beri kita orang yang betol-betol memahami kita selepas tu..

p/s:aku juga pernah berjumpa dengan orang yang salah,dan alhamdullilah kini aku bahagia bersama insan baru..eceh..dah habis jiwang dah ni..

15 Disember 2010

ada kicap kipas udang palsu ke?


tadi semasa aku sedang menonton tv,depa dok habaq pasal kes rampasan kicap kipas udang palsu.patutla da dua minggu kedai kat depan umah aku ni dah xjual kicap tu lagi..

*untuk maklumat lanjut sila bace entry di bawah..=)

14 Disember 2010

mak korang suruh korang kawen usia muda ke?

bulan doblas ni
mesti ramai dok kawen sane sini
yela dah time cuti skola ni la kita nak rapatkan hubungan keluarga kan
tapi aku dok hairan gakla
ramai remaja zaman sekarang yang kawen muda
bila aku tannya jawapan dorang ialah jodoh dah sampai
kawan-kawan aku dah 4 orang kawen taon ni..
tapi bagi aku..
muda lagi kot..
baru sembilan belas taon
maybe mak bapak dorang nak elak kan maksiat yg sering berleluasa tu..
pape pon tahniah kepada yang dah kawen tu
semoga jodoh korang berpanjangan


*p/s:kalau aku tanya mak aku pasal kawen
memang kena rembat ngan penyapu..hahaha
mak aku ckp nanti aku nak bg ank aku makan tanah ke?
tp aku xkisah sbb atleast tanah xde suntikan daging babi..
hahah
ok2
aku nak pergi wish kat kawan aku yang nak bernikah jumaat ni..
=)

13 Disember 2010

undi 184 sekarang...

kepada sume pembaca aku yg cute miut meletop kebabom tu..
.apa hangpa tunggu lg.
vote aku utk blog baru pilihan 2010..
aku kat group 5..
nbr 184 taw..
korang tekan je kt situ.
nt sape yg tekan aku blanje lolipop doposen taw..

*suka tak?kikiki


terima kasih..=)


11 Disember 2010

jom undi 184!!!


mesti ramai yang dah tau pasal blog baru plihan 2010 kan?
so aku tercalon kat dalam tu..
so kalo korang rasa blog aku ni leh tercalon sebagai blog pilihan baru tu,korang undi la ye..



184
184
184
184
184
ha...ingat taw nombor aku ni..
sebenarnye aku pon xreti nak promote blog ni..
yela..aku ni stiill baru lagi and jari-jari aku ni masih teketaq-ketaq nk taip..

*ni la tgn teketaq-ketaq bile aku tanye pakcik google td..heheh

so korang tolong la pergi kat link kat bawah ni utk tgk care mengundi taw =)


tu je yg aku nak habaq..
so korang ghajen-ghajen la vote aku taw..
daa..=)

09 Disember 2010

hero ADAMAYA dah bercerai talak satu..?


dulu aku suka sgt tengok cerita adamaya ni..
sweet gila lahh weyy
even masa aku kat kolej dulu pon dok ulang cita ni byk kali..
yelaa hero hensem kan..
aku dah jatuh hati dengan watak adam a.ka sein ruffedge ni la..
sopan santun dan ala-ala penyayang gitu..
(watak dia nih sebijik mcm buah aty aku tu)
puji lebih sikit naa..=)


ni la sein ruffedge..

tadi waktu aku bukak my star online
depa dok habaq sein dengan isterinya dah bercerai..
betoi ka?
aku pon macam xpercaya je..
tp dah tu yg dia dok habaq..
dulu kemain lagi kat sehati berdansa kan..
tapi nak wat  macam mana kan
dah jodoh smpai takat tu je..
pape pon aku tetap doakan kebahagian mereka ni..

korang leh tengok link kat bawah ni tuk cerita lebih lanjut..




p/s:tetap suka kat watak hero adamaya ni walau apa pon sebab dorang bercerai..
layan je la kann~~




08 Disember 2010

Contest: Ada apa dalam tuh

semalam bukak je blog ni aku dpt tag dari rakan blogger aku

then bila aku tengok rupanya ada contest..
 memandangkan aku pon memang dah lama xdapat hadiah
apa lagi
jom join contest ni=)
anyway untuk join contest ni
ada beberapa syarat yang dikenakan..
standard la tu kan..=)


syarat-syaratnya:

~kena jd follower cik bambam(tuan punya contest)
~tajuk contest ni haruslah "Contest: Ada apa dalam tuh"
~wajib letakkan banner entry di sidebar korang..=)
 ~buat entry tentang teka apa yg ada dalam bekas tu..klu jawapan boleh didapatti di blog cik bambam taw..=)
~tag 3 orang blogger yg lain
~bagi komen apa yg perlu ditambah or apa-apaje lah pasal blog cik bambam
~link post korang kat komen cik bambam taw
~Tarikh tutup contest adalah pada :


12 December 2010 tepat jam 11.59 pm

sekarang ni aku teka benda yang ada kat dalam bekas tu ialah TELUR.
seba apa aku piilih telur
sebab buahaty aku suka makan telur mata..
tu je..hehe

komen aku pasal blog cik bambam ialah blog cik bambam TERBAEK~~

aku tag contest ni kat:


07 Disember 2010

nenek tunjuk jari tengah tuu..

tenga hari td opah aku dtg umah..
saje la nak lawat cucu dia yg comey cun meletop dap dup hot jelita ni..
(opah aku mmg suke puji aku lagu tu)

bila dah smpai umah macam2 la dia dok bising
tp opah aku bising dia xsuke maki2
paling x pon dia ckp dgn nada yg kelakar smpai adek aku gelak guling2
(time tu sebenanye opah aku dah menyirap tahap babun da)

tapi lepas tu opah aku cepat cool..
sb tu aku syg opah aku lebeh..=)
sayang opahku saiemah bt abdullah=)



p/s:sebenarnye tajuk entry ni xde kaitan pon..
tp aku bersyukur opah aku xmcm nenek ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nenek ni sgt tidak sopan ok..
so bile aku nak kawen nt kene pastikan nenek mentua aku xmcm ni..


**awk,ni bkn nenek awk kn?haha

bertaubat tak nak tengok gambar lucah lagi


mcm mane nak habaq ni aiih..
tp td sedang aku godek-godek dgn encik google
aku nmpak gambar bogel mandi beramai-ramai
yaa ampunn..
summpah naik geli aku tengok
agaknya dorang memang dah bese kot wat keje mcm ni..
tu la kalo xdapat bimbingan orang tua dari awal
aku xheran la kalo  mak bpk dorang ni ade yg jd bapak ayam..
yela,dah ank pon mcm tu kn..
so aku nak tunjuk gambar yg aku nmpak td tu
sebagai bimbingan utk korang...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*








ni la die..
kemain lagi mandi ramai-ramai..
uiisshh..
goli mak nyah tgk..

p/s : nak bertobat xnk tgk bahan lucah sempena taon baru ni..=)
salam maal hijrah..=)

06 Disember 2010

Blog baru (2010) pilihan

td masa aku dok blog walking aku pon bukak la pages BLOG PILIHAN MALAYSIA.
sbb aku nak tau sape pemenang blog pilihan malaysia mengikut kategori yg disediakan tu..
so tahniah la diucapkan sbb keputusan tu pon atas undian blogger lain jgk kn..
=)

then aku tgk ada satu kategori baru iaitu blog baru (2010) pilihan..
kategori ni khas ditujukan kepada blogger2 baru yg baru buat blog pada taon 2010..
mcm aku lah tu..^_^
so sesape yg nk join boleh la pergi kt link kt bawah ni utk maklumat lanjut..=)
 
Blog baru (2010) pilihan

kalau korang nak tau aku start buat blog gedix ni sejak
27 mac 2010..

first post..=)

ok tu je aku nak cite..kalo sesape nak join ikut mcm ape yg aku bgtaw td tu okey..=)

04 Disember 2010

orang lain yg kawen aku yg lebeh-lebeh!!

bile sebut je bulan doblas je byk la kad kad jemputan kawen dtg berduyun-duyun..(wahhhh..btol punye byk nih?kikiki)
kalo x kenduri kawen kenduri bersunat @ khatan..cuti sekolah la katekan..

tapi yg aku nak cite ni pasal kenduri kawen jiran aku..
memangla setakat jiran je,
tp keluarga aku dah anggap mcm sedare sebab konsep kejiranan kt tempat aku ni
bermuafakat sikit..
so jiran-jiran sume dtg menyibokkan diri.
termasuklah aku..
(mak aku yg pesan sok dtg tunjuk muka kang aku nk kawen dorang plak tlg kenduri umah aku..hehe)
dari hari khamis lg aku da dtg merewang(ni bak kate nenek aku)

selain tu, aku jgk da terlebeh excited bile ttgk org berinai
so, aku pon dok berinai gak..

*ni la inai yg aku gedik2 nk pakai tu..
ni aku tempah kt kedai
lima belas hinggit dua blah tgn..
pastu mak aku dok membebel sbb mahal..
hahah

so tu je la aku nak cite..(saje je nk tunjuk inai tu sobona ea...)
ni plak gmbar aku sebelum gi merewang tu..
simple je..
sbb nk potong bawang kan..
da mcm gaye makcik-makcik pon ade..
kikiki


*p/s:gmbr ni tanpa mekap okey..
ayu gitu..
kikiki
k la aku pon da letih sgt ni..
salam..=)

03 Disember 2010

rindu kamu sayang kamu!!

aku chenta mati kat kau lah!!
sekarang ni bz tolong kenduri kawen...
so xdapat layan awak..=)
tp saya sayang awk sgt3..
luv u...
boo booo ^_^



02 Disember 2010

tanda si dia jodoh anda..

lazimnya jodoh,pertemuan,ajal dan maut ditentukan oleh Allah s.w.t..(awat skema je ayat aku nih?kikiki).kita sebagai manusia hanya mampu merancang.so,kt bawah ni aku nak habaq mai tanda-tanda betol ke pasangan korang sekarang ni adalah jodoh korang..tp ni just pendapat orang dulu dulu je taw..=)


1. Bersahaja


~Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa(kalau yg jenis gelak keluar hingus tu lg dasyat) serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik?kalau dok cover-cover tu sah la dia bkn jodoh hang pa..=)


2. Senang atau selesa bersama

~Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.selain tu si dia selalu mesej atau call xkira pg ptg atau malam.(tp kalo da 24 jam bekepit tu bkn jodoh da tp bodoh)..kikiki..opppsss..


3. Terima kita seadanya


~Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga xkisah siapa kita sebelum ni yang penting siapa kita yg sekarang ni.walaupon dia tau kita pernah mempunyai kasih sebelumnya tp dia xpeduli pon kerna bgnya korang sekarang milik dia..=)
selain tu dia juga sedia berkongsi kisah silamnya kerana bgnya tiada rahsia lagi..(xkisah la kalau sebelum ni kekasih dia pernah couple ngn fahrin ahmad ke?)huhu


4. Sentiasa jujur

~Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.ini kerana kejujuran merupakan jalan kepada cinta sejati.chewahhh...=)


5. Percaya Mempercayai

~Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

6. Senang Bekerjasama

~Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.


7. Memahami diri kita

~Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.


8. Tampilkan kelemahan

~Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
9. Kata hati

~Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.


10. Mimpi

~Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.=)

01 Disember 2010

ada apa dengan angka 10?

sekarang aku nk tanya lagi ada apa dengan angka sepuluh?
nak kata tsunami 26 disember 2004?(btol ke fakta ni)huuhuhu
tp aku rasa yg ada kaitan ialah melaka maju 2010.
haha..
ok sebenarnya xde kaitan pon...=_=

aku cume nak bgtau harini genap 10 BULAN kitorang couple...

dengan sape?
aiisshh...bukak je la older post nt kua la post tentang DIA..=)
mesti korang ckp aku kecoh kn..
baru sepuluh bulan pon nk bgtaw ke..
tp apa aku kisah..
huhu..
dah mcm2 dugaan yg dtg..
tp still bertahan..
insyaAllah aku akn jaga hubungan ni dengan lebih baik..
aku syg KAU lah kempeng..
*gmbar agak blur sbb tgn mengigil..
kikikiki=)
love u hariz....^_^





!-- nuffnang -->